Categories
SELANGOR

Selcat bermesyuarat kes RM2.8 juta selepas sidang DNS

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 DIS: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) akan bermesyuarat bagi meneliti laporan audit berhubung isu pembayaran gratuiti Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi SELCAT, Hannah Yeoh berkata, mesyuarat akan dijalankan selepas sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) berakhir.

“Selcat akan bermesyuarat selepas ini dan kita akan meneliti laporan audit (laporan dibuat Perbendaharaan Negeri) ini,” katanya dalam sidang media selepas sidang DNS ditangguhkan hari ini.

Hannah memaklumkan laporan Perbendaharaan Negeri itu telah dibentangkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di dalam sidang DNS hari ini.

Menurutnya lagi, SELCAT akan meneliti laporan tersebut terlebih dahulu sebelum mengarahkan siasatan lanjut.

“MMKN telah buat siasatan dan bersetuju membentangkannya dan ia kini menjadi dokumen awam,” katanya.

Lapan pegawai itu dilaporkan menerima pampasan kerja bernilai RM2.8 juta. Pembayaran itu disifatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar berkuat kuasa pada 23 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.