Categories
SELANGOR

Shamsudin Lias letak jawatan Ketua Pembangkang DNS

SHAH ALAM 8 DIS: Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS) berkuat kuasa hari ini.

Shamsudin berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

shamsudin lias 3Katanya, kereta Toyota Camry yang diberikan oleh kerajaan negeri kepadanya turut dipulangkan semula.

“Ini adalah keputusan peribadi saya yang menolak jawatan sebagai Pengerusi PAC Selangor yang menetapkan Ketua Pembangkang sebagai pengerusi.

“Saya sudah maklumkan keputusan ini kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Selangor dan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kepada wakil pejabat Speaker DNS, pagi ini,” katanya dalam sidang media di Lobi DNS, di sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.