Categories
SELANGOR

Speaker: DNS lulus 3 cadangan utama Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 DIS: Dewan Negeri Selangor meluluskan tiga cadangan utama Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat demi melindungi ketelusan dan kebertanggungjawaban ahlinya ke arah pengundi dan rakyat Selangor.

Speaker DNS, Hannah Yeoh berkata, keputusan yang dipengerusikannya itu menyentuh tiga perkara utama iaitu siaran langsung sidang DNS, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan (PAC) dan respon Kerajaan Negeri terhadap laporan jawatankuasa.

“Pindaan dilakukan untuk mengikat sama ada kerajaan yang ada atau kerajaan lain pada masa depan kepada sistem tadbir urus yang tidak tertakluk kepada kehendak dan kemahuan kerajaan yang berkuasa atau Speaker.

sidang DUN wide 11“Pembaharuan sudah dilakukan dan kita mahu ia bukan sahaja menjadi amalan tetapi termaktub sebagai undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan.

Siaran langsung sidang DNS yang mula dibuat sejak 2008 hingga kini dijadikan mandatori dan dimasukkan ke dalam peraturan tetap serta diwajibkan untuk dilaksanakan pada setiap sidang.

Dengan itu, Kerajaan Negeri perlu memperuntukkan sejumlah wang yang bersesuaian bagi membolehkan siaran langsung dilaksanakan.

Sementara itu, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat juga memutuskan Pengerusi PAC wajib disandang Ketua Pembangkang sebagai ‘check and balance’ kepada Kerajaan Negeri.

Hannah berkata, keputusan itu juga selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa yang kebiasannya menawarkan jawatan itu kepada ketua pembangkang.

hannahPembaharuan lain ada;ah mewajibkan pihak Kerajaan Negeri membentangkan tindakan yang diambil berhubung laporan yang dibentang 12 jawatankuasa terpilih.

“Jawatankuasa ini menjalankan siasatan berkenaan isu yang berkaitan dengan pentadbiran negeri dan laporan mereka akan dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan DNS.

“Peraturan mesyuarat dipinda untuk mewajibkan Kerajaan Negeri melaporkan kepada DNS berhubung tindakan yang diambil terhadap penemuan dan syor jawatankuasa,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.