Categories
SELANGOR

Sultan: “Calon MB wanita mesti seperti Gabenor Bank Negara”

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 DIS: DYMM Sultan Selangor menafikan penolakan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar sebelum ini atas faktor jantina.

Memetik temubual bersama The Star, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda bukan menentang hakikat jawatan Menteri Besar boleh diisi kaum wanita.

SultanSebaliknya, Baginda Sultan menyatakan penolakan dibuat kerana Azizah tidak menepati ‘benchmark’ yang ditetapkan.

“Ada yang terlalu cepat menyalahkan istana kononnya beta tidak mahu Menteri Besar wanita.

“Beta bukan begitu tetapi ‘benchmark’ beta calon MB wanita mestilah seperti gabenor Bank Negara,” katanya merujuk kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Krisis Menteri Besar bermula apabila bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Mac tahun ini dan mendorong kepada Pilihan Raya Kecil.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya dijangka bertanding di kerusi itu dalam perancangannya menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepertimana direncana Langkah Kajang.

Bagaimanapun, hasrat itu terbantut apabila Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes fitnah liwat 2.

Keputusan itu menyebabkan tempat Anwar diganti isterinya, Azizah dalam usaha menggantikan Abdul Khalid ketika itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.