Categories
SELANGOR

Sultan: Kuasa lantik MB termaktub Undang-Undang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 DIS: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah peranan baginda jelas termaktub dalam undang-undang negeri yang memberikan kuasa melantik calon Menteri Besar pada pandangan Baginda Sultan beroleh sokongan majoriti ahli dewan.

“Beta boleh memilih calon daripada PAS tetapi mengambil kira jangka masa panjang selain persefahaman mereka (Pakatan Rakyat) bahawa Menteri Besar Selangor mesti daripada PKR.

Sultan“Tetapi beta begitu terkejut mereka membantah Mohamed Azmin. Penolakan ini sangat bersifat kepentingan peribadi,” katanya dalam temubual akbar The Star sempena keputeraan ke 69 baginda semalam.

Pada majlis angkat sumpah jawatan anggota Exco September lepas, Baginda Sultan dalam titahnya meluahkan rasa kecewa dengan krisis Menteri Besar.

Baginda kesal agenda memburuk-burukkan dan memfitnah mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid termasuk ketika bulan suci Ramadan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.