Categories
SELANGOR

Sultan Perak dahului 102 terima darjah kebesaran Sultan Selangor

SHAH ALAM 11 DIS: Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Turut menerima S.P.M.S. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) tahun ini yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita.

Mereka ialah Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah; Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brig Jen Nazri Abu Bakar; Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah Brig Jen Jalaluddin Manan, Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh a/l Chand Singh; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan Ir Mohamad Dalib; Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group Tan Sri Dr Ir Gan Thian Leong.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd Mohamad Lotfy Mohamad Noh; Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad Raja Idris Raja Kamarudin; kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat; Perunding Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby Dr Lee Eng Lam, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Dr Dahlia Rosly; Pengarah Audit Jabatan Audit Negara Ong Swee Leng dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin.

Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.), seramai 14 orang menerima darjah tersebut iaitu Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Pengarah Apex Group of Companies Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Slamat Yahya dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Dekan Fakulti Pertanian UPM Prof Dr Abdul Shukor Juraimi; Felo Penyelidikan UPM Prof Dr Yoshihito Shirai; Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia Dr Kamarruddin Asri; Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Jaswant Singh a/l Jai Singh; Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Dr Rozita Halina Tun Hussein.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia Mano a/l Verabathan; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Siti Zaleha Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohamed Izam Mohamed Yusof; Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS Norzila Sidek; dan pelukis ’22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor’ Haron Mokhtar.

Sementara itu, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar).

Selain itu, 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.