Categories
SELANGOR

Undang-undang diwujud beri kuasa PBT rampas premis rumah urut haram

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 4 DIS : Kerajaan Negeri merancang mewujudkan undang-undang agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh merampas premis menjalankan semula perniagaan meskipun dikenakan tindakan sitaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata ia berikutan masih terdapat premis berdegil meneruskan perniagaan walaupun diarah menghentikan sebarang aktiviti.

grafik-DNS“Memang ada isu apabila tindakan sitaan diambil terhadap sesebuah premis, tetapi selepas itu mereka masih jalankan perniagaan lagi.

“Kebiasaannya kita mendapat aduan atau maklumbalas penduduk dan pihak berkaitan, jadi kita panjangkan perkara ini supaya undang-undang khas boleh diwujudkan untuk PBT merampas premis terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Mengulas lanjut, Ean (DAP-Seri Kembangan) berkata Kerajaan Negeri akan mengenakan tindakan sita di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan kepada premis yang didapati menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen.

Beliau berkata ssekiranya peniaga melanggar syarat lesen, maka tindakan penutupan premis akan dilakukan.

“Kerjasama antara agensi turut diadakan bagi membanteras masalah yang berlaku bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.