Categories
SELANGOR

Warga DUN Sungai Burong mahu BN bantu PR terap politik sihat

OIeh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 13 DIS: Warga DUN Sungai Burong mengharapkan wakil rakyat yang matang dan mahu sepakat memajukan demokrasi dan sekat dan imbang (check and balance) di Selangor.

Hamidon Salim, 45 melahirkan rasa dukacita diatas tindakan Adun Datuk Shamsudin Lias melepaskan jawatan Ketua Pembangkang baru-baru ini. Tegasnya tindakan wakil rakyatnya itu menyukarkan penerapan politik sihat di Selangor.

interview 1“Harap pihak pembangkang Selangor fikirkan semula dan bersikap lebih matang dalam berpolitik,” katanya kepada Selangor Kini.

Awal minggu lepas, Shamsudin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan memulangkan semula kereta rasmi serta kemudahan lain.

Tindakan itu dibuat susulan beliau menolak tawaran menjawat Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor yang wajib diisinya selaku Ketua Pembangkang.

Esa Ramli, 51 dari Parit 4 pula berpendapat wakil rakyatnya itu seolah dipaksa untuk tidak bekerjasama oleh pimpinan tertinggi Umno-BN.

interview 2“Siapa yang tidak mahu segala kemudahan, wang peruntukan, jawatan itu semua tetapi ini melibatkan ‘mileage’ politik, maka beliau terpaksa berkorban.

“Mereka (Umno-BN) risau jika terima pembangkang negeri lain pun yang mereka kuasai perlu diberi keistimewaan dan pengiktirafan serupa, kalau tak terima pun beri kesan lain pula timbul,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.