Categories
SELANGOR

200 pelajar Inspens bantu kerja pembersihan banjir & pendawaian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Selangor akan menghantar 200 belia dan pelajar Kolej Industri Pendidikan Negeri Selangoir (INPENS) ke Kelantan bagi menjalankan kerja pembersihan dan membaiki pendawaian elektrik bangunan awam di negeri itu.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor, Amirudin Shari berkata program yang menelan belanja sebanyak RM70,000 itu akan dijalankan pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

Banjir KelantanAntara kemudahan awam yang menjadi tumpuan adalah masjid, surau dan dewan orang ramai.

“Bagi rumah ibadah lain, kalau ada permintaan, kita akan buat juga, tak ada masalah.

“Statusnya kita sedang uruskan dengan Kerajaan Negeri dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan.

“Kita tahu tak banyak yang kita boleh buat tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban Kerajaan Negeri Kelantan,” kata Amiruddin ketika dihubungi Selangor Kini.

Tambah Amirudin, antara kawasan yang menjadi tumpuan pasukan terbabit adalah Daerah Tanah Merah.

Amirudin juga berharap program seumpama ini menjadi contoh pergerakan belia dan agensi kerajaan negeri lain bagi mempercepatkan proses pemulihan kawasan terjejas ekoran banjir baru-baru ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.