Categories
SELANGOR

Adun Bukit Melawati lega, aduan parit tersumbat diselesaikan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 JAN: Aduan parit tersumbat sehingga menyebabkan banjir kilat di sebatang jalan berhampiran ladang kelapa sawit milik Sime Darby di DUN Bukit Melawati di selesaikan Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

10366167_700750566712817_7060412465283309655_nAdun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah berkata, isu yang pernah dikemukakan di sidang Dewan Negeri Selangor sebelum ini berjaya ditangani JPS Selangor beberapa minggu lalu.

“Saya nampak dah ada tindakan dibuat. Sekarang sudah cantik parit tu, bersih, air pun mengalir laju. Kalau tak, masa musim hujan hari itu air bertakung pasal tersumbat.

“Sekarang bila dah hantar kontraktor korek parit tersumbat itu, ia bertambah baik,” kata Jakiran ketika dihubungi Selangor Kini.

1896964_1399595010334236_7978150068500523165_nJelas beliau sebelum ini air yang mengalir dari ladang sawit berhampiran bertakung dan tidak dapat mengalir dengan sempurna hingga menyusahkan pengguna jalan raya di kawasan terlibat.

Jakiran juga berharap agar pihak bertanggungjawab meneruskan kerja memantau kawasan-kawasan yang mudah dinaiki air apabila berlaku hujan lebat bagi mengelakkan masalah seumpamanya berulang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.