Categories
SELANGOR

Datuk Bandar: Gotong-royong tak berkesan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 20 JAN: Aspek penguatkuasaan dipertegas bagi mencegah  denggi berikutan amalan gotong-royong tidak benar-benar  berkesan, kata Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad

Beliau berkata, sebahagian masyarakat tidak terkesan dengan program sedemikian kerana ada memandang remeh isu penjagaan kebersihan dan kesihatan.

“Kita akan fikirkan bentuk hukuman yang akan dikuat kuasa dari segi kesesuaian.

“Kalau kita tidak lakukan ini (penguatkuasaan), masyarakat tidak akan sedar dan berterusan sambil lewa,” katanya pada sidang media selepas upacara angkat sumpah jawatan di sini, pagi ini.

Beliau yang sebelum ini Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor  (JAIS), dilantik sebagai Datuk Bandar ke-7 pada 2 Januari lalu.

Antara 11 Januari hingga 17 Januari lalu, sebanyak 271 kes demam denggi dilapor di kawasan pentadbiran MBSA.

– FZL –

Leave a Reply

Your email address will not be published.