Categories
SELANGOR

LZS sediakan bantuan pendidikan & banjir

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 JAN: Lembaga Zakat Negeri Selangor (LZS) terus menyalurkan bantuan pendidikan kepada tiga kumpulan iaitu asnaf fakir, miskin dan fisabilillah bagi meneruskan sesi persekolahan 2015.

Pengurus Sektor Komunikasi Korporat LZS, Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, bantuan pendidikan bagi asnaf fakir dan miskin disediakan bermula peringkat pra sekolah hingga ke IPT.

zakat 3“Melalui bantuan pendidikan, LZS mensasarkan perubahan bermula dari generasi kedua iaitu anak-anak asnaf, agar mereka dapat dibentuk menjadi generasi cemerlang dan mampu mengeluarkan keluarga dari kelompok kemiskinan.

“Bantuan yuran dan keperluan pendidikan sekolah untuk sesi persekolahan awal tahun.

“Manakala bantuan keperluan pendidikan IPT untuk anak-anak asnaf yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT termasuk pembiayaan yuran pengajian, komputer riba, wang saku, pengangkutan, penginapan dan sebagainya,” katanya kepada Selangor Kini.

Menyentuh soal bantuan untuk asnaf fisabilillah beliau berkata, LZS hanya menampung sebahagian sahaja keperluan pendidikan pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelajar IPT dalam dan luar negara sekaligus meringankan beban ibu bapa dan penjaga.

Lembaga-Zakat-SelangorBantuan yang dikenali sebagai Bantuan Umum Pelajaran ini hanya boleh dimohon sekali setahun sahaja untuk pelajar sekolah.

“Bagi mereka yang ingin memohon bantuan pendidikan di bawah asnaf fisabilillah, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah belajar sekolah rendah atau menengah beragama Islam serta warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap (PR).

“Lahir dan menetap di Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang dari tiga tahun dan masih menetap di Selangor sehingga kini.

“Manakala pendapatan ibu bapa atau penjaga RM4,000 ke bawah dan permohonan hanya pada bulan Jan-Mac sahaja.

Sementara itu peluang dibuka sebanyak dua kali pada setiap tahun iaitu pada Jan-Mac dan Julai-Sept bagi permohonan pelajar IPT dibawah asnaf fizabilillah.

Syarat permohonan bantuan pelajaran di IPT dalam negara, pemohon mestilah beragama Islam, warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap (PR).

Pemohon juga lahir dan menetap di Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang dari tiga tahun dan masih menetap di Selangor sehingga kini manakala pendapatan ibu bapa/penjaga adalah RM6,000 ke bawah

Bagi permohonan bantuan pelajaran di IPT luar negara, pemohon mestilah beragama Islam, warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap (PR),

Pemohon juga lahir dan menetap di Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang dari tiga tahun dan masih menetap di Selangor sehingga kini manakala pendapatan ibu bapa/penjaga adalah RM20,000 ke bawah.

Menyentuh soal bantuan bagi mangsa banjir sekiranya berlaku di Negeri Selangor Norajnun Ainun berkata, mangsa boleh maklumkan terus kepada Ketua Kampung atau Jabatan Kebajikan Masyarakat dan maklumat pemohon akan disalurkan kepada LZS untuk proses bantuan bencana banjir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.