Categories
SELANGOR

MB: Arahan pemulangan RM2.6 juta tindakan diplomatik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 7 JAN: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan wang pampasan membabitkan lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid perlu dipulangkan supaya bayaran dapat dibuat semula mengikut garis panduan yang ada.

Mohamed A‎zmin menyifatkan arahan pemulangan pampasan RM2.6 juta oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu sebagai tindakan diplomatik.

Katanya, Kerajaan Negeri mahu menyelesaikan isu itu secara baik dan berjanji membayar sejumlah bahagian mereka mengikut nilai yang ditetapkan.

MBI“Ini cara yang saya ingat cukup diplomatik. Kita nak selesaikan cara baik, minta pulangkan balik.

“Jika ada hak mereka, kita akan bayar tetapi mesti ada garis panduan seperti yang ditetapkan,” katanya di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di sini, hari ini.

Beliau turut menafikan laporan audit yang dijalankan Perbendaharaan Negeri cacat dan tidak telus seperti didakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin.

“Sudah tentu jabatan audit tidak ada masalah. Jabatan audit adalah satu jabatan yang bebas.

azmin“Jabatan audit sudah masuk dan jalankan siasatan, bahkan terbukti daripada dokumen yang dibentangkan itu memang berlaku penyelewengan serta salah guna kuasa yang tak boleh dibenarkan. Kita tak akan bertolak ansur, kita mahu mereka pulangkan balik.

“Tak apa, mereka diberi dua minggu untuk respon kepada MBI. Kalau gagal, kita akan umumkan tindakan susulan yang akan diambil terhadap mereka,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.