Categories
SELANGOR

MB ke Bera & Temerloh bantu mangsa banjir terburuk

Oleh: AFIX REDZUAN

BERA, 11 JAN: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bersama sukarelawan bencana banjir Selangor selamat sampai di Parlimen Bera dalam lawatan kerja pasca banjir di Pahang.

Rombongan Mohamed Azmin tiba di Kampung Durian Tawar bersama lebih 18 buah kenderaan serta diiringi penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selepas memulakan perjalanan pada jam 7.30 pagi.

Banjir PahangMohamed Azmin terlebih dahulu bersarapan bersama penduduk sebelum melakukan gotong-royong di rumah mangsa banjir.

Selangor Kini sempat bertanya kepada seorang penduduk mengenai bencana banjir yang berlaku dan mengakui ini merupakan kejadian kedua terburuk yang pernah melanda Pahang.

Ng Kwi Ling, 63, berkata kejadian banjir yang berlaku bulan lalu merupakan kali kedua yang pernah beliau hadapi selain bencana banjir pada 1971.

Menurutnya, kejadian banjir terburuk pernah berlaku pada sekitar 1920-an dan pernah diceritakan sendiri oleh bapanya.

10915282_10206006812080399_4130393956263710134_nSepanjang perjalanan konvoi pasca banjir melihat keadaan tebing Sungai Pahang agak membimbangkan terutamanya kepada pengusaha ikan patin sangkar.

Terdapat beberapa sangkar rosak akibat banjir namun ada pengusaha yang sudah memulakan perniagaan mereka seperti biasa.

Untuk hari ini, Mohamed Azmin akan bergerak ke Parlimen Bera dan Temerloh bagi meninjau keadaan kawasan selepas dipukul banjir teruk.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.