Categories
SELANGOR

MB: Selangor serius kawal wabak denggi, kerjasama pusat diperkukuh

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 JAN: Kerajaan Selangor serius memerangi wabak denggi dengan memperkukuh kerjasama dan program dengan Kerajaan Pusat menangani isu itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan kononnya Kerajaan Negeri lesu dalam menangani isu denggi.

DENGGI GRAFIKSebaliknya beliau menggesa pihak mengeluarkan kenyataan itu supaya meneliti fakta dalam isu terbabit.

“Saya sendiri menyambut kedatangan Menteri Kesihatan ke Selangor supaya setiap keputusan dibuat mestilah kolektif antara pusat dan negeri.

“Kita mengambil tindakan proaktif melancarkan kempen terjah dan musnah aedes dengan saya sendiri terlibat secara langsung dengan semua Adun melancarkan program di setiap daerah dan lokaliti mencatatkan kes tinggi,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Program Lambaian Kaabah Selangorku di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini.

Jelas beliau, tindakan mengatasi denggi patut dijalankan secara bersepadu dengan melibatkan semua pihak seperti, Kementerian Kesihatan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Kesihatan daerah dan negeri.

“Ada beberapa tindakan diambil yang memerlukan kerjasama erat pusat dan negeri,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi Yahaya berkata Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu lebih 1,000 kes dalam tempoh seminggu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.