Categories
SELANGOR

MPK giat bersihkan 53 lokasi elak banjir, persediaan dikemaskini

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melantik 53 syarikat untuk melaksanakan kerja pembersihan parit tanah melibatkan 53 lokasi parit dalam lapan kawasan DUN daerah Klang.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan, Zaireezal Ahmad Zainudin berkata, tindakan ini dibuat sebagai langkah persediaan menghadapi bencana banjir yang berlaku di Klang.

sampah“Pembersihan ini termasuklah mengorek dan mengeluarkan segala sampah di dalam parit serta membuangnya ke tapak pembuangan.

“Kerja-kerja telah bermula pada 17 November 2014 lalu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Selain itu, melalui Jabatan Penguatkuasaan sentiasa memantau kawasan sering menghadapi bencana banjir melalui 76 lokasi Kamera Litar Tertutup (CCTV) oleh Unit CCTV MPK.

Tindakan ini disusuli penyaluran malumat melalui aplikasi sistem pesanan “whatsapp” di peringkat MPK dan Daerah Klang yang dianggotai pegawai dari bahagian berkenaan.

Menurutnya, MPK menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Skuad PANTAS) yang akan menyalurkan laporan awal situasi bencana kepada pasukan keselamatan lain serta mendapat sokongan dari jabatan dalaman MPK dengan menyalurkan bantuan kecemasan dan logistik.

Pasukan ini juga sentiasa bersiap-sedia dalam tempoh 24 jam bagi menghadapi bencana banjir dan akan bertindak sebagai pasukan bantuan awal dalam memberi bantuan kecemasan.

“MPK juga sentiasa bersedia untuk mewujudkan pos gerakan sementara di kawasan yang mengalami bencana banjir.

“Kewujudan pos gerakan ini bertujuan membantu magsa-mangsa dari segi keselamatan dan logistik.

“Selain itu, mangsa-mangsa boleh membuat sebarang aduan berkenaan kerosakan kediaman, peralatan perabot dan lain-lain perkara berkaitan dan aduan yang diterima akan diselaraskan dan disalurkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, sekiranya berlaku bencana banjir, semua dewan serbaguna milik MPK akan dijadikan pusat pemindahan mangsa bencana banjir.

Sehingga kini, MPK mempunyai 24 buah dewan yang boleh dijadikan pusat pemindahan dan dikawal anggota keselamatan untuk memberi keselesaan kepada mangsa bencana banjir.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.