Categories
SELANGOR

PKNS peruntuk RM20,000 baik pulih rumah asnaf

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 JAN: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah membaiki kira-kira lebih 60 buah rumah sejak Program Kasih PKNS dilancarkan sejak tahun lalu.

Exco Perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, program itu menyediakan peruntukan lebih RM20,000 bagi membaik pulih setiap rumah golongan asnaf di luar bandar.

10942445_951576911527973_104596144956617979_n“Tadi (semalam) saya pergi Kampung Bukit Kuching Tengah, melawat satu rumah sedang dibaik pulih dengan kos RM23,00.

“Di kawasan Kuala Selangor sahaja ada 18 buah rumah yang sedang dibaikpulih juga dengan kos RM20,000 dalam Program Kasih PKNS dan selain itu terdapat juga di Sabak Bernam dan Tanjung Karang.

“Kerajaan Negeri inklusif, kalau di bandar kita ada Program Ceria untuk rumah pangsapuri dan di luar bandar kita ada Program Kasih,” kata Iskandar.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangaor (MTES) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.

Program Kasih merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial PKNS terhadap masyarakat di Selangor.

Dalam program itu PKNS akan membaik pulih sepenuhnya kediaman golongan yang tidak berkemampuan di luar bandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.