Categories
SELANGOR

SelangorKini menang anugerah media MPSJ

BANDAR SUNWAY 30 JAN : Wartawan Selangor Kini diangkat sebagai pemenang Anugerah Liputan Aduan dan Permasalahan Terbaik 2014 pada Majlis Apresiasi Media Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sini, hari ini.

Wartawannya, Naeem Raffi menang menerusi laporan pembuangan sampah haram di Tasik Sri Aman, Puchong dengan artikel bertajuk ‘Komitmen MPSJ Pulih Tasik Dipuji’.

jamuan mpsj5 (1)Hadiah wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan disampaikan Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Selangor Kini adalah media Online dan akhbar rasmi Kerajaan Selangor melalui anak syarikat, Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB).

Naeem berkata beliau tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang dan gembira setelah mengungguli anugerah berkenaan, menewaskan calon lain yang lebih berpengalaman.

“Terima kasih kepada panel penilai dan MPSJ yang menghargai artikel dan kerja saya. Saya akan terus menulis untuk masyarakat,” katanya.

Antara kategori lain yang turut diberikan pada majlis itu adalah Anugerah Liputan Terbaik, Anugerah Wartawan Paling Komited dan Wartawan Terbaik 2014.

Kesemua kategori dinilai Timbalan YDP MPSJ, Pengarah Korporat, Pengarah Pembangunan Masyarakat dan Penasihat Undang-Undang MPSJ.

Penganugerahan sebagai menghargai sumbangan pengamal media yang membuat liputandan meningkatkan imej MPSJ, selain mengerat hubungan silaturrahim di kalangan media dan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.