Categories
SELANGOR

Had usia pemilikan Rumah Selangorku dikurangkan, rakyat perlu rebut peluang

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Selangor akan melonggarkan syarat pemilikan rumah mampu milik dengan membenarkan golongan bujang berumur 25 tahun ke atas membeli Rumah Selangorku.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, syarat baru berkenaan bertujuan memberi peluang lebih ramai rakyat negeri itu memiliki Rumah Selangorku.

Rumah Bukit Botak“Peraturan sekarang hanya membenarkan mereka yang belum berkahwin membeli rumah itu jika mereka berumur 40 tahun ke atas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Rumah Selangorku adalah rumah yang wajib dibina pemaju berharga antara RM42,000 hingga RM250,000 sebuah.

Justeru itu, beliau menyeru golongan itu mengambil peluang memiliki rumah sendiri yang ditawarkan Kerajaan Selangor.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.