Categories
NASIONAL

Hari Penentuan: Anwar bebas atau penjara?

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 10 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Persekutuan pada jam 9.00 pagi bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mendengar prosiding akhir kes Fitnah 2.0.

Difahamkan beliau memasuki pintu belakang mahkamah dan tidak sempat bertemu dengan penyokong yang berkumpul dihadapan Istana Kehakiman.

IMG_5825Sebelum itu, situasi di pekarangan Istana Kehakiman sedikit tegang apabila seorang lelaki bernama Hudzaifah Shubli yang meminta mana-mana individu yang belum menunaikan solat Subuh supaya mengerjakannya.

Orang awam dan petugas media melihat gelagat beliau dan menyarankan beliau untuk beredar.

Keadaan di luar makamah menyaksikan polis memasang pagar penghadang bagi mengelakkan keadaan tegang berlaku.

Pada jam 8.20 pagi, seramai 300 orang penyokong Anwar Ibrahim tiba di pekarangan luar Istana Kehakiman selepas berarak daripada Masjid Putrajaya.

Beberapa pemimpin PKR antaranya Tian Chua turut sama berarak sambil melaungkan ‘lawan tetap lawan’ dan ‘ reformasi’ serta membawa bendera PKR.

Di luar perkarangan mahkamah turut diadakan majlis solat hajat dan alunan zikir yang diketuai oleh Ustaz Badrul Amin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.