Categories
NASIONAL

Mahkamah Persekutuan: Penghakiman sedang dibacakan

PUTRAJAYA 10 FEB: Mahkamah Persekutuan sedang membacakan penghakiman pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan Fitnah  2 hari ini.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria membacakan fakta kes dari pendakwa dan pembelaan kes itu.

Lebih 2,000 penyokong berkumpul berhampiran Istana Kehakiman.

Keputusan itu amat dinanti-nantikan kerana bakal memberi impak besar kepada perjalanan politik negara.

Sementara itu kelihatan sebuah kenderaan Jabatan Penjara Malaysia dan sebuah blackmaria di kawasan letak kereta kompleks Mahkamah Persekutuan.

LANGSUNG 10.43am: Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

10.42am: Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.

10.39am: Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

10.37am: Hakim berkata bahawa Anwar memberikan kenyataan daripada kandang tertuduh yang mendakwa terdapat konspirasi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mempersoal tindakan Saiful.

Laporan lanjut bakal menyusul

Leave a Reply

Your email address will not be published.