Categories
NASIONAL

MB: Berbincang beza idea bukan berbalah terbuka

Oleh: AFIX REDZUAN

BATU CAVES, 3 FEB: Pakatan Rakyat (PR) tidak perlu membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka bagi mengelakkan manipulasi pihak media.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata PR mengamalkan konsep konsesus dan perbincangan bagi mencari penyelesaian sesuatu isu yang dibangkitkan.

PAKATAN RAKYAT“Semangat Pakatan Rakyat kita berbincang dalam mesyuarat dan mengambil kata putus melalui konsensus dan muafakat, itu yang penting.

“Kerana kekuatan PR ialah berdasarkan konsensus. Jadi tak perlu kita bincang secara terbuka dalam media.

“Lagi-lagi media yang dikuasai oleh parti pemerintah,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan perbezaan pandangan di antara PAS dan DAP.

Mohamed Azmin menjelaskan, pihaknya masih belum mendapat sebarang makluman berhubung cadangan mesyuarat yang akan diadakan sebelum 10 Februari ini oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar Selangorberkata perkara itu hanya cadangan namun sehingga ke hari ini, masih tiada satu tarikh diputuskan Majlis Pimpinan PR.

“Kita akan bincangkan. Itu satu cadangan, saya masih belum dapat tarikh,” jelasnya ringkas.

Menyentuh mengenai perkembangan pilihan raya kerajaan tempatan seperti yang dicadangkan Kerajaan Negeri Pulai Pinang, Mohamed Azmin berkata perkata itu juga akan dibincangkan kelak.

Beliau bagaimanapun masih tidak pasti mengenai status perbincangan yang akan dibawa sama ada di peringkat parti atau Majlis Pimpinan PR.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.