Categories
NASIONAL

Peguam: Anwar berhak dapat keperluan kesihatan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 FEB: Setiap tahanan penjara berhak untuk memohon sebarang keperluan yang bersesuaian dengan masalah kesihatan tidak kira penahanan berkenaan disabitkan atas kesalahan jenayah mahupun politik.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, kemudahan berkenaan merupakan perkara asas yang perlu disediakan penjara.

anwar mahkamah“Memang ada hak penuh untuk memohon (kemudahan kesihatan). Apa-apa kemudahan kesihatan mesti disediakan pihak penjara,” katanya kepada Selangor Kini

Katanya menyentuh mengenai permohonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat masa ini pihaknya menantikan jawapan balas dan beliau enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, PKR membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap kemudahan yang diberikan kepada Anwar di Penjara Sungai Buloh apabila sel tempat Anwar dipenjara ‘uzur’ , tidak selesa dan tiada kemudahan membaca.

PKR bagaimanapun sudah menghantar permohonan kepada penjara supaya Anwar diberi kemudahan asas.

Penjara kelmarin sudah menjelaskan bahawa Anwar akan dilayan setara dengan banduan lain dan tiada keistimewaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.