Categories
NASIONAL

PKR mohon kebenaran DSAI sertai Sidang Dewan Rakyat

SHAH ALAM, 25 FEB: PKR akan memohon kebenaran supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan menyertai sidang Dewan Rakyat selepas dianggap masih lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar masih bergelar Ketua Pembangkang dan wajar dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan bermula 9 Mac ini.

Rafizi yang juga Setiausaha PKR berkata, parti itu dan kumpulan peguam Anwar akan berurusan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mendapatkan kebenaran berkenaan.

anwar mahkamah“Anwar masih kekal sebagai sebagai wakil rakyat sehingga petisyen pengampunan diraja yang dimohon semalam diselesaikan.

“Walaupun keputusan memohon pengampunan itu dibuat keluarga Anwar, namun PKR memberikan sokongan penuh,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Malaysia Kini.

Rafizi berkata, Biro Politik PKR juga memutuskan malam tadi untuk menyokong tindakan keluarga Anwar dengan alasan beliau berdepan ‘ketidakadilan ketara’ dalam kes pendakawaannya.

rafizi“Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Anwar dilihat berunsur politik bertujuan menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

“Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu mendapat kutukan seluruh dunia yang kebanyakannya menganggap Anwar seorang tahanan politik yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya bukan kerana kesalahan yang diwar-warkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.