Categories
SELANGOR

Semangat perjuangan TGNA diteruskan pimpinan muda PAS

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat contoh pemimpin istiqomah apabila menghabiskan usianya untuk menegakkan perjuangan Islam di Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, pimpinan dan akar umbi negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan pimpinan utama parti yang berjiwa besar itu.

nik aziz“Sebagai pimpinan muda, kita akan meneruskan perjuangan dan semangat Tuan Guru Nik Aziz untuk terus istiqomah dalam parti.

“Kehilangan ini amat dirasai seluruh ahli PAS khasnya dan seluruh negara amnya.

“Tidak dinafikan setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya, namun bagi kami perjuangan Allahyarham sentiasa segar dan akan diteruskan terutama generasi muda PAS,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.