Categories
SELANGOR

Tawas sasar 35,000 pendaftaran SiManja tahun ini

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 5 FEB: Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) akan memperhebatkan lagi usaha menjejaki anak kelahiran negeri itu yang layak untuk didaftarkan dibawah program berkenaan.

Penolong Pengarahnya, Kee Abidin Hairum berkata, pihaknya mensasarkan 35,000 anak selangor untuk didaftarkan sebagai ahli Tawas (SiManja) sepanjang tahun 2015.

MB tawas shopping econsave 04“Kita berjaya mendaftarkan lebih 30,000 anak Selangor sepanjang tahun 2014 yang melebihi sasaran awal iaitu 25,000.

“Atas rekod kejayaan itu, kita sasarkan 35,000 anak Selangor untuk didaftarkan dan diharap jumlah pendaftaran yang berjaya dibuat pada hujung tahun ini melebihi sasaran itu,” katanya kepada Selangor Kini.

Kee berkata, pihaknya akan giat melebarkan promosi di serata Selangor melalui beberapa kaedah termasuk laman sosial facebook, kaunter pendaftaran di pasaraya dan agensi kerajaan.

“Kita juga cuba bekerjasama dengan hospital kerajaan untuk membuka kaunter pendaftaran, namun sehingga kini usaha itu tidak berhasil.

tawas“Namun, kita masih mampu meningkatkan pendaftaran. Hasil promosi yang kita lakukan, ibu bapa kini lebih prihatin dan ramai yang hadir sendiri ke pejabat DUN dan ibu pejabat Tawas untuk mendaftarkan anak mereka,” katanya.

Tawas adalah bantuan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus untuk anak kelahiran Selangor dengan caruman RM1,500 yang boleh dituntut apabila mereka genap 18 tahun.

Sepanjang beroperasi pada 2008 sehingga 4 Februari lalu, seramai 192,023 anak Selangor direkodkan memohon dan 167,663 layak serta berjaya didaftar sebagai SiManja daripada jumlah permohonan.

Terdahulu, 21,298 ahli TAWAS kelahiran 2008 menerima baucer bernilai RM50 untuk bantuan sekolah melalui peruntukan tambahan lebih RM1 juta dari Kerajaan Negeri.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.