Categories
NASIONAL

Anwar tahanan politik, bukan penjenayah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Pemenjaraan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik, bukan seperti mana tuduhan yang disabitkan ke atas beliau.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ini jelas dilihat apabila Barisan Nasional (BN) mempergunakan institusi kehakiman dengan menyumbat Anwar ke penjara bagi memastikan Anwar lenyap dalam arena politik negara.

11013182_10206248263110604_3578118322195369720_n“Anwar bukan penjenayah tetapi sebenarnya adalah tahanan politik,” kata Nik Nazmi di hadapan kira-kira 10,000 di perkarangan KLCC pada demontrasi Kita Lawan petang semalam.

Kata beliau, himpunan rakyat yang diadakan itu selain menuntut agar Anwar dibebaskan, juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

“Esok Najib akan jumpa semua Ketua Bahagian. Saya percaya nanti ada Ketua Bahagian yang menunjukkan gambar kita kepada Najib,” kata Nik Nazmi lagi.

Ketika menyentuh suasana aman dalam demontrasi kali ini, Nik Nazmi berkata ini berlaku apabila semua pihak menghormati hak berhimpun seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.