Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air LRA Sg Semenyih pulih 99.9 %

SHAH ALAM 24 MAC: Gangguan bekalan air ekoran penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih sejak 19 Mac lalui kini mencapai pemulihan 99.9 peratus.

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred berkata sehingga jam 8 pagi ini (24 Mac) hanya 32 kawasan (15,596 pintu rumah) daripada 209 kawasan di Wilayah Hulu Langat masih dalam pemulihan.

syabassKatanya, berdasarkan kepada situasi masa kini, Syabas menjangkakan bekalan air di kesemua 15 kawasan ini akan pulih sepenuhnya menjelang lewat malam 25 Mac.

Sementara itu, bekalan air di kesemua kawasan di Wilayah Petaling, Wilayah Sepang, Wilayah Kuala Langat pulih sepenuhnya sejak 22 Mac manakala bagi 177 kawasan (127,817 pintu rumah) di Wilayah Hulu Langat pula ianya pulih sepenuhnya sejak semalam.

Katanya, Syabas dimaklumkan Puncak Niaga bahawa Loji Rawatan Air Bukit Tampoi yang sebelum ini ditutup pada 18 Mac dan ditutup sekali lagi pada jam 4.00 petang, 21 Mac akibat pencemaran air mentah kini beroperasi semula pada jam 7.00 malam semalam (23 Mac)

Sehubungan itu bekalan air di kesemua lapan kawasan yang terlibat di Wilayah Kuala Langat sedang pulih secara berperingkat.

Sementara itu, bagi mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan yang masih belum pulih bekalan air masing-masing di Wilayah Hulu Langat dan Wilayah Sepang, Syabas akan terus menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki dan tangki air statik.

Walau bagaimanapun, disebabkan kawasan terlibat adalah besar, keutamaan bantuan air kecemasan ini diberikan kepada kegunaan kecemasan seperti kematian dan majlis perkahwinan selain daripada hospital, pusat dailisis dan rumah-rumah kebajikan.

“Syabas mengharapkan agar para pengguna yang terjejas dengan gangguan ini akan dapat memahami keadaan dan kesulitan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan media.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.