Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air Petaling, Hulu Langat & Kuala Langat beransur pulih

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG, 9 MAC : Gangguan bekalan air di kawasan Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas akibat pencemaran di Sungai Semenyih mula beransur pulih sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata setakat ini sebanyak 96 peratus penduduk mula mendapat bekalan air di daerah Petaling, manakala 52 peratus bekalan air mulai pulih di kawasan Hulu Langat.

syabassSementara kawasan Kuala Langat turut menunjukkan peningkatan dengan kadar 98 peratus dan Sepang sebanyak 64 peratus.

“Kita menerima maklum balas dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Berhad (Syabas) yang menunjukkan masalah gangguan bekalan air semakin bertambah baik.

“Pengguna dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat di laman web Syabas dan memuat turun aplikasi maklumat pintas MySyabas untuk informasi lanjut tentang bekalan air,” katanya.

Zaidy berkata punca terhadap pencemaran itu bagaimanapun masih belum dikenalpasti, namun operasi secara bersepadu bersama pihak berkaitan akan giat dijalankan.

Katanya beliau yakin usaha berkenaan akan membuahkan hasil dan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Dari kawasan atas ke loji ini ia mengambil masa selama 10 jam baru kita boleh kesan kandungan manganese dan kita kena susun untuk cari puncanya.

“Tetapi dalam usaha bersepadu ini kita akan dapat jawapannya (punca) tidak lama lagi,” katanya lagi.

Awal minggu lepas, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat pencemaran di Sungai Semenyih.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.