Categories
NASIONAL

Lepas Nik Nazmi, giliran Fariz Musa ditahan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 MAC: Sehari selepas penahanan reman Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, kini giliran Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa pula ditahan polis berkenaan himpunan “Kita Lawan”.

Fariz melalui laman sosial Twitter memaklumkan beliau disoal siasat polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 10 pagi tadi.

fariz musa pic 3Beliau turut diiringi peguam, Melissa Sasidaran yang turut mewakili Nik Nazmi.

Fariz ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkenaan perhimpunan haram.

Pada 7 Mac lalu, dianggarkan kira-kira 10,000 orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara bagi menyatakan semangat setiakawan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kes Fitnah 2.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.