Categories
SELANGOR

MPS batal lesen peniaga Pasar Taman Ehsan bertentangan persetujuan mesyuarat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 MAC: Tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan lesen perniagaan peniaga Pasar Awam Taman Ehsan bertentangan dengan keputusan dicapai dalam mesyuarat melibatkan Adun Paya Jaras, MPS dan wakil peniaga pada 4 Febuari lalu.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, berkata perbincangan sebelum ini sudah dicapai dengan persetujuan pasar sedia ada tidak dirobohkan sehingga tapak baru dikenal pasti.

khairuddin othmanKatanya, malah surat yang dihantar MPS kepada beliau juga mengesahkan persetujuan mesyurat sebelumnya.

“Pendirian saya jelas, iaitu tidak diganggu peniaga yang ada sehingga ada tempat yang baru dan saya harap jangan celarukan keadaan” kata Mohd Khairuddin ketika dihubungi Selangor Kini.

Kata Mohd Khairuddin tindakan terkini MPS itu menyebabkan peniaga yang memiliki lesen perniagaan sebelum ini kini terpaksa berniaga secara ‘tak sah’ sekaligus berisiko untuk dikenakan tindakan oleh MPS sendiri.

“Bagaimana mereka nak dapat pendapatan untuk menyara keluarga kalau tak boleh berniaga sehingga April,” kata Mohd Khairuddin lagi.

Sementara itu MPS dalam satu kenyataan kepada Selangor Kini mengesahkan Pasar Taman Ehsan akan dirobohkan pada April nanti.

“Adalah dimaklumkan bahawa lesen peniaga telah dibatalkan adalah benar kerana pasar tersebut akan dirobohkan.

“Perobohan ditangguhkan sehingga ke bulan April,” menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam MPS itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.