Categories
NASIONAL

Parlimen ke-13 bermula hari ini

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah mencemar duli merasmikan pembukaan Parlimen ke-13 bagi penggal ke tiga, pagi ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Sultanah Haminah Hamidun pada jam 10 pagi disambut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

parlimentTurut menyambut ketibaan baginda adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah ‘Hormat Diraja’ selepas memeriksa kawalan kehormat yang berlangsung di Dataran Parlimen.

Pancaragam Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi kemudian memainkan lagu Negaraku diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.