Categories
SELANGOR

Pembukaan DNS ke-13 berlangsung penuh istiadat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 30 MAC: Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) yang ke-13 Tahun 2015 hari ini berlangsung dengan penuh istiadat.

Istiadat yang disempurnakan dengan keberangkatan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu diadakan di Dataran Dewan Negeri yang terletak berhadapan Bangunan Dewan Negeri Selangor.

DNSBaginda Sultan turut berkenan untuk memeriksa Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada Tentera Laut Diraja Malaysia sambil diiringi alunan lagu oleh Pancaragam Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia.

Baginda kemudiannya berkenan untuk bergambar bersama Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor sebelum menyampaikan titah ucapan bagi menandakan bermulanya persidangan DNS kali ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.