Categories
SELANGOR

Penduduk PJ kini boleh salur aduan melalui Facebook

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 MAC: ‘MBPJ Aduan Facebook page’ disediakan bagi memudahkan penduduk Petaling jaya memfailkan aduan  agar tindakan segera diambil .

Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran orang ramai boleh melayar www.facebook.com/mbpjaduan bagi menyalurkan sebarang aduan rakyat.

IMG_20150323_163524_HDR“Sistem ini adalah selaras dengan pelan MBPJ bagi memberi khidmat kepada masyarakat dengan cara yang lebih berkesan yang membolehkan peningkatan isu pada tempoh yang lebih singkat.

“Pengadu dapat memuat naik teks dan media seperti gambar dan video secara langsung ke halaman Facebook yang kini diuruskan oleh dua kakitangan.

“Semua aduan dengan maklumat yang mencukupi akan diberi nombor rujukan aduan dalam tempoh 1 hari bekerja,” kata beliau dalam kenyataan media.

Walaubagaimanapun, jika terdapat sebarang aduan yang gagal diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, aduan itu tidak akan terbiar, sebaliknya ia akan dibawa ke perhatian atasan.

MBPJ berharapkan penduduk Petaling Jaya akan menggunakan dengan sebaiknya sistem aduan ini bagi menerima perkhidmatan yang lebih baik dari MBPJ.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.