Categories
SELANGOR

PJ bergelap sejam sempena Earth Hour

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 MAC: Karnival 60+ Earth Hour anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berlangsung sederhana bertempat di Boulevard, Seksyen 52.

Acara ini bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada 9.30 malam turut dihadiri Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, Pemangku Datuk Bandar Petaling Jaya, Ahmat Mohaayen Said dan Ahli Majlis MBPJ.

eARTH hOUR yb eLIZZABETH wONG pj (3)Sejurus acara dimulakan, Elizabeth menyertai Backlane Walk@52 di sekitar Seksyen 52, berhadapan Kompleks Pejabat MBPJ.

Karnival yang berlangsung selama sejam ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Kidnap Band dan persembahan tarian Negeri Sarawak oleh pelajar Kolej Saito.

Kesempatan ini turut diambil ibu bapa membawa anak-anak menikmati keindahan malam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.