Categories
NASIONAL

SKMM serbu TMI, 3 ditahan

SHAH ALAM 30 MAC: Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis hari ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.

Tiga editor kanan portal berita itu dijangka akan ditangkap bawah Akta Hasutan.

4833ba900ce4e071b0ca63167613352cMalaysiakini melaporkan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong dipercayai akan ditahan di lokap balai polis Jinjang, Kuala Lumpur malam ini.

Polis juga merampas komputer dan telefon tangan milik mereka.

Tindakan ini dipercayai berkaitan laporannya yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud yang didakwa palsu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.