Categories
NASIONAL

Azmin: “Kita adakan BBQ Lobster di Permatang Pauh”

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 26 APR: PKR dijangka akan mengadakan jamuan makan BBQ Lobster bersama penduduk Permatang Pauh minggu ini.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata jamuan itu sebagai mesej sindiran kepada Umno yang tidak mengenakan makanan laut itu Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Hari Rabu atau Khamis ini kita adakan BBQ Lobster. Kami akan bawa ke Permatang Pauh.

lobster“Kita beri mesej kepada Umno supaya jangan melampau menekan rakyat,” katanya di hadapan kira-kira 300 penduduk kawasan itu.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan kemewahan majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ketika rakyat terhimpit pimpinan Umno hidup dalam mewah lihat begitu mewahnya perkahwinannya.

“Bagaimana majlis perkahwinan mewah luar biasa sehingga boleh bawa 300 tetamu untuk bertandang di Kazakhstan.

“Tetamu wanita pula menerima clutch birkin, bunga sahaja antara harga hingga RM12 juta import dari Holland,” katanya.

Sementara itu, hujan renyai tidak menghalang pengundi permatang Pauh untuk bersama-sama mendengar ceramah ringkas bersama pemimpin pakatan rakyat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.