Categories
NASIONAL

Isu boikot selesai, PR komited kekal kerusi Permatang Pauh

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 29 APR: PKR menyambut baik kerjasama PAS Pulau Pinang yang menarik balik keputusan memboikot kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ekoran persetujuan kerjasama itu, Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution menganggap isu terbabit selesai.

“Bagi PKR, kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan PAS pusat dan negeri atas usaha berterusan membantu dalam isu ini,” katanya pada sidang media, di Yayasan Aman, di sini.

bendera 7Hadir sama Presiden PKR yang juga calon PR Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Sehubungan itu, Saifuddin mahu PR melipat gandakan usaha untuk menumpukan permasalahan rakyat.

“Ketika ini, kita tumpukan sepenuh perhatian pada isu Cukai Barang dan Perkhimatan (GST) yang menekan rakyat.

“Saya juga ingin mencabar Perdana Menteri turun ke Permatang Pauh terangkan kebaikan GST, jangan hantar Ahmad Maslan,” katanya.

bendera 3Sementara itu, Hatta berkata, jentera PAS kini bergerak 100 peratus untuk kempen kali ini.

“Kita ada jentera tempatan dan dari negeri lain. Segala permasalahan berbangkit selesai dan mereka akan mengisi ruang sedia ada,” katanya.

Beliau yakin jentera PAS akan memberikan bantuan sebaik mungkin kepada calon PR.

“Jadi, kita anggap episod ini tamat dan meneruskan gerak kerja seperti yang diamanahkan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.