Categories
SELANGOR

9 minit jaringan hatrik Afiq kekalkan Selangor puncak Liga Super

SHAH ALAM 19 APR: Jaringan Hatrik dalam tempoh sembilan minit Mohd Afiq Azmi di Stadium Shah Alam membantu Selangor mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Lions XII – sekali gus terus menghuni kedudukan di puncak Liga Super.

Bermula dengan jaringan pada minit ketujuh, Afiq menambah jaringan kedua pada minit ke-12 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-15 dengan ketiga-tiga jaringannya dibantu kelemahan jentera pertahanan Lions XII.

CC4f2eUUsAMR_cWPemain import, Guilherme de Paula yang turut memainkan peranan penting terhadap ketiga-tiga gol Afiq melengkapkan jumlah jaringan Selangor pada minit ke-78 juga dengan menggunakan sepenuhnya kesilapan pertahanan pelawat.

Afiq sebelum ini turut meledak dua gol ketika menentang ATM, minggu lalu dan hatrik ketika membenam Lions XII menyaksikannya mengumpul keseluruhan tujuh gol yang meletakkan namanya selaku penjaring kedua terbanyak Liga Super di belakang pemain PDRM, Mamadou.

Selangor bertemu Kelantan pada 25 April ini di Stadium Sultan Muhammad IV.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.