Categories
NASIONAL

Kerajaan Negeri ucap takziah atas tragedi helikopter terhempas & bapa Anwar Ibrahim

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 APR: Kerajaan Negeri mengucapkan simpati dan takziah atas tragedi helikopter semalam dan pemergian ayah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam sidang media, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata rakyat Selangor berasa sedih atas kedua-dua berita dukacita itu.
“Takziah kepada keluarga Anwar Ibrahim, Tan Sri Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin), Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Perdana Menteri) dan mangsa lain yang terlibat.
“Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian dan pendaftaran Rumah Selangorku di Alam Budiman, pagi tadi.
Selesai sidang media, Mohamed Azmin segera bergegas ke Kajang untuk menghadiri upacara pengebumian yang dijadual selepas Zuhur.
Petang semalam, Jamaluddin dan Azlin serta empat lagi penumpang lain terkorban dalam nafas berhampiran Semenyih, dipercayai ketika perjalan pulang daripada Pekan Pahang.
Awal pagi ini pula, ayah Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman pula meninggal dunia didakwa akibat sesak nafas.
Anwar diberikan pelepasan pihak penjara untuk menghadiri pengebumian bapanya di Country Heights Kajang.
Beliau disambut anak perempuannya, Nurul Nuha setibanya di rumah pada 10.40 pagi bersama pegawai Penjara Sungai Buloh.

Leave a Reply

Your email address will not be published.