Categories
SELANGOR

Liga Super: Pemain perlu fokus kekal rentak kemenangan

SHAH ALAM 13 APR: Pemain Selangor diingatkan tidak hanyut dibuai keyakinan selepas buat pertama kalinya menghuni tangga teratas Liga Super menerusi kemenangan 3-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic, berkata musim perjalanan Liga Super masih jauh dan perlu fokus setiap perlawanan.

Red Giants“Kami satu pasukan sentiasa berusaha keras dengan berlatih bersungguh-sungguh setiap masa dan cuba memberikan seratus peratus persembahan terbaik ketika perlawanan.

“Jadi inilah hasilnya. Saya tak kisah siapa diturunkan beraksi selagi mereka beri seratus peratus kepada pasukan,” kata Durakovic ketika ditemui dipetik FASELANGOR.MY.

Selepas tewas 2-0 kepada Terengganu pada aksi sulung Liga Super di tempat lawan pada 7 Februari lalu, Selangor sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun selepas itu Selangor bangkit meraih empat kemenangan berturut-turut menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1, Sarawak 2-0, Sime Darby 3-2 dan terbaharu ATM 3-1 untuk kini di tangga teratas Liga Super, berkongsi 14 mata dengan Felda United dan Terengganu tetapi dipisahkan perbezaan gol.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.