Categories
SELANGOR

Majikan patut prihatin sediakan kemudahan bilik penyusuan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 28 APR: Kepentingan bilik penyusuan bagi wanita bekerja harus diberi perhatian majikan bagi menjaga kebajikan pekerja wanita.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Daroyah Alwi berkata, kemudahan itu kurang mendapat perhatian menggalakkan terutamanya di tempat kerja.

bfroom-lhdnDaroyah berkata, penyusuan badan ibu amat penting dari mula kelahiran anak sehingga anak berumur dua tahun.

“Bagi wanita bekerja, mereka perlu kemudahan dan ruang di tempat kerja untuk memerah susu buat simpanan di rumah pengasuh.

“Kerana kelebihan anak menyusu susu ibu antaranya jarang jatuh sakit atau demam dan tidak perlu kerap berjumpa doktor,” katanya sewaktu dihubungi Selangor Kini.

Daroyah berkata, majikan patut memainkan peranan penting menyediakan ruang selesa untuk meneruskan amalan penyusuan susu ibu di tempat kerja.

“Oleh itu, wanita bekerja lebih tenang menjalankan tugas di tempat kerja dan tidak perlu mengambil cuti mengasuh anak yang sering jatuh sakit atau demam,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.