Categories
SELANGOR

MB ucap takziah keluarga Adam Adli

SHAH ALAM 24 APR: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyampaikan takziah kepada keluarga Adam Adli ekoran kehilangan ayahnya akibat kemalangan jalan raya semalam.

“Al Fatihah, semoga keluarga Adam Adli sabar dan tabah. Saya mendoakan Allahyarham mendapat husnul khatimah dan ruhnya ditempatkan di syurga,” tulis Mohamed Azmin di laman Facebooknya.

3c12247afe940780c73f5358792fb7e9Abd Halim Abdul Hamid, bapa aktivis Adam Adli, meninggal dunia pagi ini selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan anaknya itu melalui twitter 7.30 pagi ini.

Abd Halim terlibat kemalangan motosikal di Penanga, Pulau Pinang dan dimasukkan dalam keadaan kritikal ke Hospital Seberang Perai malam tadi.

Allahyarham dikebumikan di Kepala Batas selepas solat Jumaat ini, kata Adam Adli.

Abd Halim merupakan penyokong kuat anaknya, seorang aktivis pelajar terkenal pernah beberapa kali ditangkap.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.