Categories
NASIONAL

Permatang Pauh lebih membangun berbanding Parlimen BN

SHAH ALAM, 16 APR: Tuduhan yang dilemparkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kononnya Parlimen Permatang Pauh tidak semaju kawasan lain kerana diwakili Ketua Pembangkang tidak benar.

Yang DiPertua PAS Permatang Pauh, Omar Hasan menafikan kenyataan itu ketika berucap pada pelancaran jentera PKRdi Dataran Guar Perahu, di sini, semalam.

Omar berkata, parlimen lain yang dikuasai BN seperti Tasek Gelugor dan Kepala Batas juga tidak mampu menandingi kemajuan dan pembangunan yang ada di Permatang Pauh.

sprBeliau berkata, terdapat pelbagai kemudahan dan pembangunan di parlimen terbabit antaranya institusi pengajian tinggi, hospital, gedung perniagaan mega, bandar Perda dan Sunway serta jabatan kerajaan.

“Sejarah membuktikan kawasan yang dimenangi pembangkang membangun dengan maju kerana kerajaan yakin di kawasan BN tetap dapat sokongan padu rakyat walalupun tanpa pembangunan,” katanya yang dipetik Harakah Daily.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) berkata, sebagai contoh pembangunan Parlimen Kepala Batas yang dimenangi mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selama beberapa penggal juga tidak serancak Permatang Pauh.

“Kenyataan Shahrizat itu ibarat ‘pukul anak sindir menantu’ kerana pembangunan dua parlimen yang bersempadan dengan Permatang Pauh iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor masih tidak dilaksanakan walaupun dikuasai BN.” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.