Categories
NASIONAL

PKR kecam hukuman gantung pemimpin Pembangkang Bangladesh

SHAH ALAM 13 APR: PKR mengecam hukuman gantung Kerajaan Bangladesh ke atas Setiausaha Agung parti Jamaat-e-Islami, Muhammad Kamaruzzaman merupakan tindakan kejam dan zalim.

Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR menerima berita sedih dan merakamkan rasa dukacita apabila mendapat makluman bahawa pemimpin pembangkang itu menjalani hukuman itu semalam.

Meeting Wan Azizah isu banjir di Kajang (7)Wan Azizah berkata, PKR mengesyorkan agar anggota parti beragama Islam, mendirikan solat ghaib sebagai solidariti untuk Allahyarham.

“Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham di kalangan shuhada dan orang beriman. Al-fatihah,” kata Wan Azizah dalam kenyataan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.