Categories
SELANGOR

PRK Permatang Pauh: PAS Selangor komited bantu jentera Pakatan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 27 APR: PAS Selangor menghantar petugas jentera pilihan rayanya bagi memastikan kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, petugas PAS Selangor dihantar selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Pengarah Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) PKR di Permatang Pauh.

PRK-P44-WAWI“Esok saya sendiri ke Permatang Pauh meninjau persiapan seperti logistik dan sebagainya.

“Saya juga berkomunikasi dengan PKR Permatang Pauh untuk dapatkan maklum balas keperluan diperlukan,” kata Mohd Khairuddin kepada Selangor Kini pada program Kejohanan Bola Sepak Liga Piala Adun Paya Jaras di sini.

Jelas beliau, pasukan jentera PAS Selangor ke Permatang Pauh secara berperingkat.

PRK Permatang Pauh diadakan selepas rayuan pengampunan keluarga penyandang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah liwat 2 ditolak.

PKR mencalonkan Wan Azizah untuk mempertahankan kerusi tradisi itu dan berhadapan lawan dari Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.