Categories
NASIONAL

PRK Permatang Pauh: Pertembungan 4 penjuru 7 Mei

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT MERTAJAM, 25 APR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, P044 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail mengumumkan menerima empat pencalonan.

Empat calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada PKR dan Suhaimi Sabudin daripada Barisan Nasional (BN).

Manakala calon bebas Salleh Ishak, 53, dan peniaga Azman Shafie, 50.

Salleh merupakan calon pertama yang tiba di pusat penamaan diikuti dengan Suhaimi dan Azizah kira-kira 300 meter bersama penyokong masing-masing.

Wan AzizahWan Azizah menyerahkan borang percalonan nama kira-kira jam 9.05 pagi.

Wan Azizah kelihatan memakai baju kurung biru bertudung merah jambu diarak bersama ratusan penyokong.

Beliau diiringi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anak beliau Nurul Nuha Anwar turut kelihatan.

Mereka berkumpul pada jam 7.30 pagi di Simpang Mengkuang Titi.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Xavier Jayakumar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pada Sabtu depan dan pengundian pada 7 Mei.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.