Categories
SELANGOR

Selangor miliki ciri lahirkan ulama mahir pengetahuan kontemporari

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 APR: Selangor memiliki ciri-ciri untuk menjadi pusat pembangunan ulama yang mahir dalam pengetahuan kontemporari, selain berkeupayaan dalam ilmu agama.

Apatah lagi, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata negeri itu memiliki beberapa institusi pengajian tinggi.

Beliau percaya Selangor bakal dilimpahi golongan ilmuan agama yang mencakupi pelbagai bidang termasuk sains sosial dan sebagainya.

“Malah, kita juga ada pelajar antarabangsa seperti Indonesia. Jadi strategiklah kedudukan Selangor ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Minggu lalu, Dato’Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyeru golongan ulama memperlengkapkan diri dengan ilmu kontemporari untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.

Beliau juga menyeru Golongan Ulama Nusantara memperhebat usaha membangunkan umat Islam serantau sebagai persediaan mendepani cabaran semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.