Categories
SELANGOR

Ulama jangan jahil ilmu kontemporari, tanya jika tak tahu

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 APR: Golongan ulama jangan jahil isu semasa sebaliknya bertanya jika tidak tahu, kata Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia Tenggara (SHURA), Abdul Ghani Samsuddin.

Katanya, mereka tidak harus terikat dalam bidang agama sahaja, bahkan perlu bijak memberi keutamaan kepada perkara penting mengikut skala yang betul.

ustaz-ghani-shamsudin“Memang mustahil untuk mahir semua perkara, maka golongan ulama kena bekerjsama rapat dengan ilmuan lain untuk menggali ilmu.

“Malah, kita perlu sama-sama ambil tahu akan hutang negara yang berbilion yang akhirnya diwarisi generasi akan datang.

“Jangan sibuk dengan hal kecil sampai tinggalkan isu besar,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau mengulas peranan golongan ulama dalam membangunkan ummah, ekonomi dan sosial, malah memuji komitmen Kerajaan Selangor kepada Islam.

Minggu lalu, Dato’Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyeru golongan ulama memperlengkapkan diri dengan ilmu kontemporari untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam.

Abdul Ghani percaya, bantuan dan sokongan termasuk kepada kumpulan dakwah dapat memainkan peranan luas untuk memajukan rakyat dan negeri.

– FZL –

Leave a Reply

Your email address will not be published.