Categories
SELANGOR

Swasta dipelawa jalin kerjasama cungkil bakat muda bola sepak

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 27 APR: Syarikat swasta termasuk syarikat milik Kerajaan Negeri disaran menjadikan program mencungkil bakat muda sukan bola sepak sebagai program khidmat tanggungjawab sosial (CSR) mereka.

Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, antara peranan boleh dimainkan swasta adalah menaja pasukan bermain di liga tempatan peringkat akar umbi seperti Piala Liga Adun Paya Jaras.

Liga DUN Paya Jaras“Kerjasama pihak swasta termasuk syarikat milik Kerajaan Negeri dialu-alukan.

“Selain menaja pasukan, mereka juga boleh bekerjasama dengan Pejabat Adun untuk menganjurkan sebarang kejohanan.

“Saya percaya penglibatan pihak swasta mampu merancakkan lagi bola sepak di peringkat akar umbi dan akhirnya melahirkan bakat muda” kata Mohd Khairuddin kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada perlawanan akhir Piala Liga Adun Paya Jaras yang diadakan di padang Kampung Paya Jaras Hilir di sini, semalam.

Mohd Khairuddin berkata lagi, syarikat swasta juga boleh menjalin kerjasama mengadakan klinik bola sepak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.